SAHABAT DAN ANAK-AN AKKU FILLAAH SEKALIAN....
Hikmah bersyukur Dan Cara-cara Bersyukur Kisah Nabi Musa A`laihi Salam... - Alhamdulillah - Makna Bersyukur atas Nikmat Allaah, Tanda-tanda Bersyukur dan Ciri-ciri Orang Bersyukur,
Hargai dan syukurilah setiap sesuatu yang anda miliki. Ia tidak semestinya harta material, ia boleh jadi Kesihatan dan Usia Kita, Setiap hari masih ada makanan untuk Kita makan, masih ada orang yang mahu menegur Kita, masih ada orang yang mengucapkan "Selamat pagi", atau "Salam sejahtera", atau "Assalamualaikum." pada Kita,
Syukurilah segala nikmat Allaah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allaah pada makhluk-Nya yang bernama Manusia ini.
Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang Kita tidak miliki, tetapi luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk mensyukuri sekurang-kurangnya pada lima perkara yang Kita perolehi pada hari tersebut.
a) Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang Kita kenali, yang Kita berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, malah membuangnya atau mengutuk pemberian Kita itu. Apakah Kita akan membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?
b) Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian Kita itu? Mengucapkan terima kasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian Kita, sering menunjukkan pada Kita hadiah itu setiap kali Kita berjumpa dengannya. Bagaimanakah pula adakah Kita akan memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak tersebut?
CARA-CARA BERSYUKUR
1= HATI - Sentiasa mengingati Allaah yang memberi nikmat
2= LIDAH - Mengucap Alhamdulillaah ketika mendapat nikmat
3= TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
Tanda-tanda bersyukur kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
1= Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
2= Menggunakan nikmat Allaah dengan baik
3= Mematuhi suruhan dan larangannya
4= Mengadakan hubungan baik sesama manusia
5= Memelihara dan memulihara alam dengan baik
6= Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
7= Membelanjakan harta pd jalan Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
8= Tidak merosakkan nikmat Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
9= Menyayangi pemberian Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
10= Patuh dan taat perintah Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
Kisah teladan - Kisah Orang Bersyukur dan Orang Tidak Tahu Bersyukur
Nabi Musa A`laihi Salam. memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa A`laihi Salam. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa A`laihi Salam., “Ya Nabi Allaah, tolong sampaikan kepada Allah Subhaanahu Wa Ta`ala, permohonanku ini agar Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, menjadikan aku orang yang kaya.”
Nabi Musa A`laihi Salam. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,.
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa A`laihi Salam. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa A`laihi Salam. “Wahai Nabi Allaah, tolong sampaikan kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”
Nabi Musa A`laihi Salam. pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,”
“Ya Nabi Allaah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,?.
Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar.
Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya,” jawab si kaya itu.
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin.
Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala,
Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allaah Subhaanahu Wa Ta`ala, di dalam sebuah Hadits Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu: “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allaah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”
Kesimpulannya, manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya serta dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmati, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.
Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allaah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan(kepentingan) umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allaah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allaah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allaah : Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)
Oleh itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allaah kurniakan itu ke jalan Allaah. Nikmat Allaah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allaah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allaah.
Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allaah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.
Barulah kita faham kenapa Allaah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.
Bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.
Allaah ada berfirman di dalam Al Quran: “Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
(Surah As-Saba’: 13)
WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk Allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYAlah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya Allaah... aamiin...
SILAKAN DITAG/SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...
WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,
Syukron Atas Kunjungan
Anda..
Mohon Luangkan waktu
ANDA sebentar untuk MengKlik Web diBawah ini.
karena Kami sangat membutuhkan bantuan ANDA..
karena Kami sangat membutuhkan bantuan ANDA..
Posting Komentar
Komentar Kritik dan Saran yang Membangun sangat Berarti bagi Kami.
Terimakasih sudah mampir di Blog yang Sederhana ini :D
Mohon untuk LIKE Pane Fage Pondok Yatim Daarussalam di Pojok Kanan Atas. Terimakasi..